ikhlas dari hatiThis is a featured page

IKHLAS DARI HATI
NOOR INANI BT. JELANI

“Aku benci dia! Aku benci dia!”. “ Kau ni kenapa? Dari tadi aku dengar benci! benci! Apa yang kau tak puas hati ni?” Anisa menegurku setelah mendengar rungutanku yang panjang itu. wajahku begitu macam mencuka. “Aku menyampahkah dengan Cikgu Arisa tu, asyik-asyik nak marah aku. kau tahu tak betapa malunya aku tadi? Hisy!!!”, sahutku dengan nada yang tinggi. “Salah kau jugak, kau yang…” aku cepat-cepat memutuskan kata-kata Anisa. Benci rasanya mendengarnya. Aku ketika itu seorang pelajar yang begitu panas baran, pantang bagiku sesiapa yang marah padaku.Pada hari itu, Cikgu Arisa telah memarahiku kerana lewat ke sekolah. Bagiku perbuatan itu sudah sebati dangan diriku. Selalunya, tiada siapa yang akan menegurku, tapi hari itu… entah aku pun tak tahu. “Mak Kiah, Thirah nak keluar”. “ Hei, kau nak ke mana tu? Mama tak bagi keluar rumah!” jerit Mak Kiah cuba menghalangku keluar rumah. Ah! Langkahku semakin laju menuju ke muka pintu. Aku sudah bosan duduk memerap di rumah. Mama? cakap sahaja duduk di rumah, tapi dia entah ke mana. Papa? kalau tidur di rumah boleh dibilang dengan jari. Alasannya, kursus, projek luar… itulah… yang tinggal di rumah hanya Mak Kiah yang tak lama lagi akan meningglakan keluarga kami itu. “Lambat kau sampai.” tegur Anisa. “Biasalah, oarng gaji aku tu, membebel dulu..” sahutku tanpa rasa bersalah. “Jadi, apa nak buat hari ni?”. “Macam biasalah, kita tunggu Azam Fikri dan Zamil, nanti diorang bawaklah benda tu” jawab Anisa, “Hei, Athirah! Nah ni untuk engkau.” Zamil mengeluarkan sepuntung rokok kepadaku. Aku tak berfikir panjang, lalu kuambil dan terus menghisapnya. Kami melepak di bawah pondok usang di hujung Bandar Kesuma. Tiba-tiba, sebuah kereta Proton Waja menuju ke arah kami. Seorang wanita bertudung merah jambu keluar dari kereta tersebut tanpa kusedari lalu menarik rokok di celahan jariku. “Athirah! Apa nak jadi ni?” suara Cikga Arisa masih terngiang- ngiang di telingaku. Aku sekadar menyahut dengan satu jelingan yang tajam. Anisa, Fikri, Azam dan Zamil sudah lama menyorok. “Athirah, awak dengar tak?” “Suka hati sayalah. Ini hidup saya!” tengkingku tanpa rasa sekelumit hormat pun padanya. Dia menarikku ke dalam keretanya. Aku sekadar mengikut.Di dalam kereta dia sentiasa menasihatkan aku tapi bagiku semua itu tak penting. Selama ini, mama dan papa tak pernah pun marahkan aku, inikan pula cikgu Arisa yang baru pindah ke sekolah ku itu, buat apa aku dengar. “Athirah, Cikgu Arisa nak jumpa kau di bilik guru” Arif memberitahuku ketika aku baru pulang pulang dari kantin. Nak apa lagi? soalan itu memenuhi ruang kepala ku. “Kenapa kerja awak ini macam melepaskan batuk ditangga?” Cikgu Arisa memandangku dengan wajah yang marah. “Saya tak sempat cikgu” itu sahaja jawapan yang mampu kujawab. “Awak ada masalahkah?” satu suara lembut ke kalbuku. Tersentuh jiwaku… sudah bertahun-tahun ku tidak mendengar ada orang yang bercakap sebegitu, lembut padaku. Ah! itu semua tipu belaka. “ Athirah, awak sedar tak kehidupan tak bermakna tanpa pelajaran. Tidak kira siapa ayah ibu awak. Walaupun harta awak menggunung ke langit, tanpa ilmu, itu semua tak bermakna”. Satu tangan lembut memegang tanganku. Aku hanya tunduk membisu. “Sayang…rindulah…”satu suara romantis menusuk ke telingaku sewaktu aku melalui bilik papa. “Gatalnya!”. Satu suara manja seorang wanita menyusul, tapi itu bukan suara mama. Lagipun mama keluar tadi. Aku cuba membuka pintu bilik itu, tetapi dikunci. Hatiku mula mengesyaki sesuatu, tapi tak mungkin papa buat sebegitu. Aku terus masuk ke kamarku. tak lama selepas itu, kedengaran satu jeritan dari luar kamarku. aku terus melangkah keluar. “Abang! Sampai hati abang buat macam ni? Abang tak ingat Lia lagikah?” mamaku melenting. Aku terkejut melihat apa di depan ku. Papa hanya memakai kain pelekat bersama seorang wanita muda yang sedang berkemban. “Siapa kau? Selama ini kau pernahkan di sisi aku?!” papa mula bersuara. “Abang pun sama tak pernah di rumah” mama semakin marah bersama tangisan di pipi. Aku benci melihat peristiwa ini. “Athirah benci papa! Mama! Benci! Benci!!!” aku terus membuka langkah keluar dari rumah itu. aku terus berlari dan berlari, aku sendiri tak tahu ke mana arahku. Tiba-tiba aku bagai dilanggar dari belakang. Celik sahaja aku, aku terlihat wajah cikgu Arisa di depanku. “Cikgu?”. “Eh, awak dah sedar?”. Tiba-tiba pandanganku kabur. Apa sebenarnya yang berlaku? soalan itu bermain-main di fikiranku. “ Alhamdullah” suara Cikgu Arisa yang kecil molek itu kedengaran lagi. “Tadi awak dilanggar sebuah kereta. mujur cikgu ada dekat dengan tempat itu. Cikgu pun cepat-cepat panggil ambulans. Alhamdulillah, Athirah dan pun sedar. Cikgu Arisa menyambung ayatnya. Htiku bagai dikunjungi rasa bersalah, rasa amat bersyukur, dan rasa pilu. Cikgu yang selama ini ku maki hamun, dialah yang menyelamatkanku. Mana papa dan mama? Tersentak aku apabila teringat kedua-dua orang tuaku. Peristiwa pahit itu ingin kuluputka, namun ianya bagi tertanam di mindaku. Hari ini sedah seminggu aku berada di rumah Cikgu Arisa. Di sini, cikgu mengajarku menjadi seoarng muslimah sejati. Aku mula belajar memakai tudung. Akhlakku semakin baik. Aku mula merasa keindahan hidup…namaun tak pernah sekali pun papa dan mama mencariku di sini, sedih hatiku tak terkata. Ya Allah, berilah peluang untukku mengecapi kebahagiaan bersama keluargaku…menitis air mataku tanpa kusedari. “ Cikgu, anak murid cikgu ini, kami dapati mengalami pendarahan di hatinya. Kami akan sedaya upaya menyelamatkannya. Tetapi, sekiranya kami membedahnya, risikonya begitu tinggi. jadi kami menyerahkannya kepada cikgu dan keluarga Athirah. aku bagai dihentak mendengar berita itu. Namun aku pasrah, mungkin hayatku tak panjang. Biarpun sukar untukku menerimanya tetapi aku perlu belajar redha keatas ketentuan Ilahi. Hari demi hari, kesihatanky semakin teruk. Aku sering pitam di sekolah. Cikgu Arisa sentiasa mengambil berat tentangku. dia yang sering menemaniku ke hospital untuk rawatan. Hari ini, aku mengambil keputusan untuk bertemu ibu bapaku setelah hamper sebulan aku tinggal di rumah cikgu. Harapanku, mama dan papa sudah berbaik semula. namun segalanya punah. setibanya aku di rumah, Mak Kiah memberitahuku bahawa papa dan mama telah pun bercerai selepas peristiwa hitam haritu. papa telah pun membawa diri ke London. Aku bertemu mama yang bagikan tak terurus. mama terus mendakapku. aku begitu merindui saat itu. tiba pandanganku kabur lalu terus jatuh. Sedarku, aku kini di hospital.Mama dan cikgu berada di sisiku. Ya Allah, sudah sampaikah waktu ku untuk pergi meninggalkan dunia ini. Ampunkanlah dosa-dosaku, ibu-bapaku, Cikgu Arissa yang banyak membimbingku ke jalanMu… tak lama kemudian, papa datang. “Mama, papa, Thirah mintak maaf. Thirah tahu Thirah bukan anak yang baik..” Air mataku berlinang tak henti. “Cikgu, terima kasih kerana mengajar saya menjadi insan yang begitu bermakna. Saya minta maaf, dulu saya selalu sakitka hati cikgu, tapi kini cikgu yang banyak membantu saya… Cikgu benarkan saya tinggal di rumah cikgu, cikgu beri semangat kepada saya. Andainya saya berpeluang, saya akan cuba sedaya uapaya untuk cemerlang dalam SPM. Walaupun doctor kata umur saya tak panjang..” “Sudahlah Athirah, cikgu ikhlas..”, cikgu teresak-esak menahan sebak . “ Cikgu, ini senakhkah Al-Quran buat cikgu. Cikgu ingatlah saya selamanya.”. Cikgu terus memelukku bersama tangisan di pipi. “Thirah, Papa mintak maaf. Papa tahu, papa selalu abaikan Thirah.Papa sayang Thirah…”. Aku begitu terharu mendengar ucapan itu, Walaupun aku sedang menanti saatku pergi, tapi aku begitu gembira. Tangisan syukur mengalir ke pipi ku. Malam ini, aku menulis sepucuk surat kepada cikgu. “Cikgu Arissa yang saya sayangi, Terima Kasih cikgu … Athirah sayang cikgu… saya tak pernah merasai kegembiraan seperti tadi , cikgu banyak menegajar saya erti hidup. Biarpun saya sudah banyak sakitkan hati cikgu. Ingatilah selamanya… Al Quran yang saya beri itu cikgu bacalah dan ingatlah saya bila saya sudah tiada nanti….” Ikhlas dari hati, Nur Athirah Aku kini hanya menanti saat ku untuk pulang ke pangkuan Ilahi….


No user avatar
roszelan
Latest page update: made by roszelan , Jun 4 2008, 7:26 PM EDT (about this update About This Update roszelan Edited by roszelan


view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.